Hari ini, saya akan bermula dengan menulis di Blogspot dulu before Wordpress. Wah wah. Mood untuk tulis dalam BM membuak-buak, entah lah kenapa eh. Mungkin sebab... Jap. Aku rasa baik tak payah cakap sebab apa. Kang orang salah faham pulak.
Tahniah kepada 2 pemberi komen yang pertama untuk blog BM ini! Mereka ialah / adalah (ya, saya sungguh bengap kerana masih tidak dapat ingat rule ini) Arshad dan Amalia! *clap*clap*
Amalia cakap, blog BM saya memang kelakar. Ouch. Sungguh sakit. Hahaha :D
Tak pe. Aku akan berusaha bersungguh-sungguh buat blog ini jadi masuk akal sikit!
Arshad pula, cakap dia mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri. Pelik kan? BM ni mother tongue aku tapi bila menulis dalam BM, rasa macam big deal gila. Haih. Teruk betul la budak zaman sekarang nih. Bajet English betul (ehem ehem)
Dah, nak buat macam mana. Kalau kau tak pandai English, nanti dekat college, terkial-kial la nak belajar hampir semua subjek yang diajar. Dari Biology hingga Akaun. Semuanya dalam English. Nak lari ke mana?
Then, kalau kau nak cari kerja nanti, employers mana lah nak budak yang macam budak umur 2 tahun cakap English ( tapi susah, sebab budak 2 tahun pun kadang-kadang lagi pandai )
Tanya "how are you", pergi jawab; "I IS fine". Ha ah. I IS fine. Memang I IS fine. (note, sepatutnya I am fine. Kalau korang tak spot the mistake tadi, tolong pergi masuk tadika balik. Itu serious English paling basic dalam dunia. Plus, tak kan la buta tak nampak aku dah highlight kesalahan ayat tu?)
So, sudah sudah la gelakkan BM aku yer? Kalau aku tulis cara shortform sangat, kang nampak macam minah rempit kampung mana pulak. Aku kasi contoh di sini:
"hY3 koRunk!!!! aK +Gh mAmAm naSiK nieeeee! kOruNk +Gh wat p3Wr? aK x tAw aR nAk tUlis aP3rw haRi ni. taPi aK taw aK caYunK koRunk!"
And yes, mereka guna sign tambah ( + ) untuk huruf T.
Ehem. First of all, aku memang amat benci kaum "unk" ni. Yes, kaum UNK. Like, "korang" memang la bahasa pasar. But "korunk", that is just plain URGHHHHHHHHHHHH. Tension tau tak? Like, korang = korunk, sayang = cayunk. Masya-Allah, aku serious nak lempang orang macam ni. Tapi ada gak yang aku boleh tahan lagi sebab diorng tak de la over-use those words. Kadang-kadang je, so ok lah. Ni yang dari 5/5, 4 tu ha dia nak guna bahasa "unk" ni. Eeeeeeiiiiii. There should be a law yang cakap benda ni HARAM tau tak??
So, terpaksa la aku tulis cara skema ni. Sebab at least selamat sikit dari guna bahasa rempit tu kan?
Hari ni, aku pergi Giant kat Seksyen 13 tu. Mama suruh beli barang-barang sikit. So, aku pun drive lah ke sana, adik aku yang 6 tahun tu pun ikut gak.
Bila dah sampai, aku dan adik aku pun jalan la sampai ada satu masa ni, kitorang nak lintas kat zebra crossing ni.
Peringatan peramah (friendly reminder) : Kalau anda di Malaysia, melintas di lintasan zebra ke, lintas kat tengah-tengah highway ke, tengah jalan ke, junction ke, mana-mana lah, semua SAMA JE. Tak ada beza pun.
Ni aku just nak ingatkan korang supaya korang tak mati di lintasan zebra la tau?
Kenapa Malaysians ni susah sangat nak bagi orang lintas WALAUPUN mereka melintas di zebra crossing.
Ini theories aku:
1) Semua kereta terpaksa bawak wanita yang sedang nak bersalin ke hospital. So, susah la nak stop, kang beranak dalam kereta pulak. Tapi kalau kau bersalin dalam Ferrari ke, Lamborghini ke, urm, tak pe kot sebab ada kemungkinan besar company tu akan hadiahkan kereta free kat kau. Serious. Sebab dalam siri TV, Top Speed, ada orang ni dapat kereta Kia for free sebab dia beranak dalam Kia. Wah wah. Aku pun nak bersalin dalam kereta macam ni :D Tapi kalau Proton or Perodua, errrrrr.
2) Semua nya tengah nazak. Dia dah nazak lah. So, might as well langgar je orang yang tengah nak lintas di zebra crossing je. Boleh mati ramai-ramai kan?
3) Tahap kesabaran diorng hanya berada di tahap yang paling minimum. Well, macam ni actually, kebanyakkan drivers ni terbangun lambat, terlepas solat Subuh (bagi yang Muslim) dan selepas dah sarapan semua, mestilah dah lambat nak pergi kerja! Jadi, kau gila ke kalau diorng nak bazir 1-2 minute kat zebra crossing tu bagi a bunch of strangers lintas. Errr, nope, I don't think so!
4) Dia tengok pemandu di sebelah tak berhanti pun, so buat apa dia nak berhenti kan kan? Dalam Psychology, kitorang ada belajar pasal kita ni bertindak berdasarkan tindakan orang lain dalam sesetengah situasi. So, maybe ada kena mengena lah tu.
Hmm. Tu je la kot teori aku buat masa ni. You guys ada teori lain tak? Sila share kalau ada.
Back to cerita aku. So, aku pun nak lintas. Disebabkan aku tinggal di negara yang penuh rasa hormat terhadap satu sama lain, aku pun berhenti dahulu sebelum melintas dan hampir mendapat SERANGAN JANTUNG! Sebuah kereta Satria lalu dan. OMG OMG OMG.
DIA BERHENTI! Aku pun berhenti. Aku pandang kereta dia dan fikir; dia ni betul ke tak...?
Then, dia buat sign dengan tangan dia suruh aku jalan, aku macam, WAHHHHHHHHHHH. Aku pun mengangkat tangan kembali dan lari terkedek-kedek ke seberang jalan. Mood aku dengan serta-merta menjadi baik kerana seorang pemandu Malaysia telah memberi laluan kepadaku untuk melintas di zebra crossing! God bless you.
OK. Kita pause kejap cerita zebra ni dan mari ke cerita aku beli ikan kembung. Eh, silap. Mabung. Mabung ni, mak aku cakap sama je dengan kembong. Disebabkan ikan kembong di Giant tu kecil-kecil, aku pun ambik la mabung ni, yang besar sikit. OK jap. Nape aku tiba-tiba cerita pasal IKAN?
Ni, mak aku suruh aku beli seekor je ikan. Maybe sebab ayah aku je yang nak makan. So, aku pun ambik lah seekor ikan mabung tu, then, aku bawak la pergi kat kaunter timbang. Abang di kaunter timbang tu tersengih-sengih dan buat muka gatal dia yang tak jadi. Aku rasa begitu pelik. Nape dia ni macam tak pernah nampak perempuan pulak : |
Dia suruh aku tunggu kejap. Then, dia pun datang, sekali dengan kawan dia. Aku pelik. Aku beli satu je ikan. Tak sampai 500g pun kot tapi kenapa sampai 2 orang nak kena pegang plastik tu?? Aku tengok je la diorang buat apa, then, salah seorang dari abang tu pun mula berbual:
Abang 1 : Haih, beli satu je ke ikan?
Belum sempat aku menjawab, Abang 2 menyampuk.
Abang 2 : Yelah, dia nak makan seorang je. Biar je lah.
Abang 1 : Ohhh. Alahai, sikitnya makan.
Abang 2 : Oh, dia nak share kot.
(aku diam, diorang cakap sama sendiri je. Abang 2 tu seakan-akan menjawab on my behalf. Bagus. Aku senyum je lah. SEHINGGA....................)
Abang 1: Dik, *bla*bla*bla* (Aku tak dengar sangat apa dia cakap, so aku just hentam and assume yang dia tanya siapa yang nak makan ikan tu?)
Aku: Oh. AYAH.
Abang-abang tu buat muka pelik, dan cakap balik: Eh, tak, yang kat tepi tu, ANAK KE ADIK?
Aku buat muka WTF aku.
Aku menahan malu, lalu, menjawab: Ohhhh, nih?? Ni ADIK la!
Abang 2 : Ohhhhh, adikkkkkkkkkk.
First, amatlah malu sebab aku tak dengar dia cakap apa. Second, tak kan lah aku nampak TUA sangat macam aku ni mak orang?
Mari kita kembali ke cerita lintasan zebra.
Bila dah habis beli semua barang, aku pun jalan la nak pergi kereta. Terpaksa la lintas jalan lagi kan. As I was crossing the thing, adalah satu kereta Saga ni nak lalu. Dia slow down TAPI tak nampak macam nak berhenti, so aku pun test lah, dia nak bagi ke tak aku lintas, aku buat-buat la macam nak jalan. Dia slow TAPI nak berhenti pun.
Aku langkah satu, dia jalan sikit, dia berhenti, aku jalan sikit, dia jalan, aku berhenti, dia berhenti, aku jalan, dia jalan gak. So aku pun macam; Bongok betul lah kau ni. Nak jalan ke tak?
Last sekali, cuba teka siapa jalan dulu?
Well, let's just assume yang dia tengah nak bawak girlfriend dia nak bersalin pergi hospital okay ;)
Pelik lah. Aku ingatkan post kali ni pendek je. Tengok-tengok panjang jugak.
Bukti aku memang banyak cakap : /
*sigh*
xoxo, Fanah.